Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri). foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad mengingatkan ahli parti itu dan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca kajatuhan kerajaan terdahulu.

Khalid berkata, sebaliknya PH perlu berdiri teguh dengan naratif bahawa PH jatuh disebabkan pengkhianatan yang dilakukan Perikatan Nasional (PN) menerusi gerakan yang didalangi bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Naratif yang dibawa oleh PH yang lebih tepat dan benar ialah kerajaan Pakatan Harapan jatuh oleh kerana berlakunya pengkhianatan di mana Azmin dan Muhyiddin telah membawa lari Ahli-Ahli Parlimen yang dulu bersama PH dan kini bersama dengan PN menyebabkan PH hilang majoriti.

“Maka kerajaan PH jatuh oleh kerana pengkhianatan yang dilakukan Azmin dan Muhyiddin.

“Saya mahu berpesan kepada semua yang berada dalam Pakatan Harapan khususnya Amanah jangan kita lupa akan hakikat ini sehingga kita terlibat dalam perbalahan sesama sendiri yang menyalahkan Tun, menyalahkan PH, menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenarnya saingan kita.

“Seteru kita, lawan kita, bukan Tun atau Anwar atau PKR tetapi lawan kita adalah Azmin dan Muhyiddin.

“Biarlah kita mensasarkan kritikan kepada mereka dan bukan sesama sendiri,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 44 saat yang dimuat naik di Youtube.

Semua ahli gabungan PH, tambah beliau, tidak seharusnya terpengaruh dengan naratif yang dibawa oleh PN.

“Saya ingin berpesan kepada semua ahli dan penyokong PH khususnya pada ahli Amanah supaya dalam kita menghadapi politik dewasa ini jangan kita tersilap bawa naratif Perikatan Nasional.

“Dalam soal jatuhnya kerajaan PH sememangnya PN mengatakan ia jatuh oleh kerana PH sendiri yang berbalah sesama sendiri, kerana Tun meletak jawatan. Mereka membawa naratif itu supaya mereka menutup hakikat mereka telah berperanan untuk menjatuhkan kerajaan dan nak memberikan gambaran seolah-olah mereka bersih, tidak terlibat sama sekali, itu naratif PN,” ujarnya.

Kenyataan Khalid itu dibuat selepas beliau mengakui kemenangan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini membuktikan kerjasama antara Bersatu, Pas dan UMNO berpotensi menguasai politik negara.

Justeru itu, Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, PH di bawah Anwar juga harus bersatu. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. “Maka kerajaan PH jatuh oleh kerana pengkhianatan yang dilakukan Azmin dan Muhyiddin”.

    Betul ke PENGKHIANAT Azmin & Din Pagoh telah menjahanamkan PH? Serius dakwaan ini!

  2. Khalid Samad ni perlu ditangkap dan dipaksa menjalani rawatan pakar supaya dikenalpasti penyakitnya.
    Bodoh bangang dia berpelajaran
    Gila… tapi tahap apa
    Nyanyuk usia seperti dia jarang berlaku
    Atau adakah dia RBA? Atau…. macam pergerakan komunis
    Liability siapa sebenarnya Khalid Samad ni yang ketara memudaratkan agama bangsa dan tanah air.

  3. tapi belum diuji. apa kata kalau mahadir tidak letak jawatan. tidak semudah itu ph akan jatuh. mahadir tidak memandang hormat pada ph dan majlis presiden. mahadir membawa cara lama semasa dia dalam umno. ph tak berani nak tegur mahadir. atau kalau majlis presiden ada kuasa mengatasi pm. ph boleh ganti mahadir dengan orang lain. ph kena buat akta ini untok persediaan masa hadapan.

  4. La aku ingatkan Najib BossKu yg diorg takutkan..hahahaha lid lid hari2 kao meroyan sejak x dpt sakau percent kmpg baru..kesian kau lid

Comments are closed.