Mohd Azmir Mohd Nizah USIM anti-party hopping act law party hopping politics
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).- Gambar hiasan.

DALAM iklim politik kita ketika ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memiliki majoriti terbesar di Parlimen dan di Kabinet eksekutif kerajaan. Ini akan membawa kearah ketidakstabilan kepada pengurusan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dengan adanya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen lain secara rasmi dilabelkan sebagai wakil Bersatu di Parlimen, parti itu mempunyai 81.8 peratus, marginnya lebih besar berbanding komponen parti yang lain berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 51.06 peratus, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai peratusan yang sama 44.4 peratus di Kabinet eksekutif.

Daripada sudut nombor yang jelas dalam kabinet eksekutif (69 ahli eksekutif), Bersatu mempunyai 27 anggota eksekutif, sementara itu, BN mempunyai 24 anggota eksekutif, Pas mempunyai jumlah perwakilan eksekutif yang sama dengan GPS yang terdiri daripada lapan anggota eksekutif dan lainnya mempunyai satu anggota mewakili PBS dan STAR.

Bersatu hanya mempunyai empat ahli Parlimen di bahagian penyokong kerajaan (backbenchers) dan selebihnya daripada BN (19 ahli), Pas (10 ahli) dan GPS (10 ahli) yang menyokong atau melakukan tugas mereka untuk memeriksa badan eksekutif sekarang.

Persoalannya adalah, mengapa jumlah Bersatu di backbenchers sangat rendah? Rendah sangatkah martabat menjadi backbenchers berbanding dengan menjadi ahli Kabinet?

Sekiranya kita bercakap soal memeriksa dan keseimbangan terhadap sistem eksekutif, Bersatu hanya mempunyai sebilangan kecil perwakilan di Parlimen.

Sekiranya Bersatu benar-benar ingin meneruskan reformasi Parlimen, mereka perlu menurunkan jumlah eksekutif dan meletakkan mereka di bahagian backbenchers.

Saya khuatir, sekiranya institusi backbenchers tidak diperkasakan hanya parti pembangkang sahaja yang akan menjuarai kepentingan reformasi Parlimen.

Jika dibandingkan dengan komponen parti yang lain, Bersatu mempunyai 81.8 peratus di barisan Kabinet eksekutif dan ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diketuai oleh Bersatu tidak fokus akan keseimbangan pengurusan gabungan dan bersifat lebih sudu daripada kuah.

Dalam politik, kekuatan seseorang berdasarkan jumlah nombor yang dia ada namun dalam semangat pengurusan gabungan PN – Bersatu berusaha menyalahgunakan angka tersebut demi kuasa di Putrajaya dan mengatakan tidak kepada politik ekuiti.

Politik ekuiti ini penting sebagai satu indikasi penting kepada pemerintahan ini dalam soal pengurusan gabungan dan ini merupakan falsafah BN setelah sekian lamanya memperjuangkan politik ekuiti.

Dengan kata mudah, jika Bersatu mengambil berat tentang reformasi Parlimen dan memperkasakan backbenchers, mereka perlu mengurangkan jumlah anggota eksekutif dan menggantikannya menjadi backbenchers.

Pada penghujung hari, backbenchers memegang kunci keputusan di Parlimen dan bukannya kerajaan.- MalaysiaGazette

Muhammad Shaqib Shahrilnizam

Muhammad Shaqib Shahrilnizam ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai.