Dr. Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Pencemaran Sungai Selangor yang disebabkan kecuaian sebuah kilang melepaskan sisa seakan pelarut, menimbulkan kemarahan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau, menerusi ciapan Twitternya petang ini, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan wajar ke atas kilang berkenaan seperti membatalkan lesen, merampas tanah, menyita premis dan menyenarai-hitamkan pengarah syarikat itu.

“Gangguan bekalan air akibat dari pencemaran mesti dihentikan di Selangor,” tegasnya.

Beliau terpaksa memperbetulkan tweet pertamanya di akaun Twitter berkenaan kerana berlaku kesilapan ejaan.

“Saya sudah betulkan (ejaan). Pagi tadi saya marah sehingga tweet pun ada typo merata-rata,” katanya sambil meletakkan emoji ketawa.

Dr. Xavier akui tweetnya banyak typo kerana marah, tetapi telah perbetulkan.

Dr. Xavier mengulas mengenai masalah bekalan air di negeri ini semalam, menyebabkan kira-kira 1.2 juta pemegang akaun Air Selangor terputus bekalan akibat kecuaian kilang selenggara jentera di Rawang itu.

Berikutan kerja pembersihan itu, Air Selangor menjangkakan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang, hanya akan mula pulih secara berperingkat dalam tempoh sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ini dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman yang berkata, Loji Rawatan Air (LRA) terjejas hanya akan kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan pencemaran bau pada tahap sifat ton tiga kali berturut-turut. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Minta Jamal sekali lagi buat mogok air dengan memakai kain tuala didepan bangunan SUK! Kami sudah tidak tahan lagi mengendong baldi2 air ketingkat 5 rumah kami yang tak punyai lif!

    Di Selangor hanya Jamal yang berani walaupun berhadapan dengan pelbagai dakwaan Pakatan Hancing dimahkamah, we love Jamal!!!

Comments are closed.