Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kelab malam dan pub ditutup selama-lamanya, sebagai tepat.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sesiapa yang hendak berhibur, lakukan sahaja di rumah masing-masing.

“Kenyataan Perdana Menteri itu tepat. Kalau tak buka selamanya pun tak apa. Berhibur sahaja di rumah masing-masing bersama rakan dan taulan.

“Tidak perlu berpesta sehingga mabuk, lalu menimbulkan pelbagai lagi permasalahan. Hanya segelintir yang suka. Ramai yang tidak bersetuju. Ikutlah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti dan minoriti,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Selasa lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, walaupun kebanyakan sektor ekonomi sudah dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelab malam dan pub akan terus ditutup.

Katanya, ada sektor yang akan terus ditutup sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berjenaka dan disambut gelak ketawa hadirin ketika berucap pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur.

Kenyataan itu bagaimanapun, mengundang kemarahan Persekutuan Industri Hiburan Malaysia yang menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri berkaitan penutupan kelab malam dan pub.

Presidennya, Liew Poon Siak menganggap kenyataan itu sebagai satu tamparan, memandangkan bar dan pub sedang bertahan selepas tidak dibenarkan beroperasi sejak Mac susulan Covid-19.

“Jika penjarakan fizikal menjadi puncanya, perhimpunan awam, keagamaan dan politik juga patut diharamkan,” tegas Poon Siak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sudah lama rakyat tertunggu2 keberanian politik sebergini! Semoga anda berdua diberkahi Allah SWT!

    Tidak ada apa faedah apa2 pun dari tempat tersebuk selain mabuk, penagihan dadah pil kuda, sabu, pelacuran, pergaduhan, tempat genster merancang perompakan dsb dsb.

  2. Suara2 bersifat ‘ketalibanan’ spt ini sdh kerap kedengaran sejak ‘kerajaan regim konservatif pelampau pintu belakang nasionalis melayu islam’ PN dgn tiba2nya menjadi kerajaan..ini perluang kpda islamist2 radikal utk mengukuhkan idologi mereka menyebarkn kebencian kpd ‘non muslim dan menutup terus sikap toleransi antara kaum dan agama seterusnya mendirikn kerajaan bersifat ‘teokrasi islam garis keras’ spt ditimur tengah..

  3. Di Brunei ada lebih 30% rakyatnya non-muslim, pub dan kelab malam tiada juga di sana tetapi rakyat non-muslimnya baik-baik saja. Nak minum alcohol boleh di rumah atau di restaurant dan kopitiam. Tapi jangan memandu kereta atau membonceng motorsikal selepas minum. Gunakan kebebasan anda dengan berhemah. Selagi tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain, silakan !

  4. Inilah yg sepatutnya yg harus dibuat..keuntungan hanya kpd pemilik..90% keburukan 10 kebaikan..disamping meringankan beban pihak berkuasa menangani perkara negatif disana..

Comments are closed.