Datuk Seri Azmin Ali (tengah) dan Zuraida Kamaruddin. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OGOS 2020

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pelantikan berkenaan dibuat menerusi mesyuarat MPT yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain itu turut dilantik untuk jawatan yang sama ialah Datuk seri Redzuan Yusof yang sebelum ini tewas pada pemilihan jawatan Naib Presiden.

Datuk Mohamed Salleh Bajuri dilantik sebagai Bendahari manakala Ketua Penerangan ialah Wan Saiful Wan Jan.

Muhyiddin juga melantik Ketua dan Timbalan Ketua
Badan Pimpinan Negeri (BPN) seperti berikut: