KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyampaikan sumbangan zakat perniagaan kepada Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM2.26 juta

Sejak tahun 2013, PLUS telah menyumbang pembayaran zakat perniagaan kepada Kerajaan Negeri Johor kira-kira RM20.5 juta.

Sumbangan itu diterima oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

PLUS berkata, syarikat itu telah menyumbang zakat perniagaan lebih RM98 juta sejak tujuh tahun yang lalu kepada Asnaf dan para penerima yang layak.

Sumbangan zakat perniagaan ini juga sejajar dengan matlamat utama PLUS bagi menjaga mereka dengan baik,” jelas Zakaria.

Penerima zakat yang layak adalah golongan Asnaf yang tinggal di negeri terbabit, di mana lebuh raya PLUS beroperasi termasuklah komuniti lebuh raya yang berada dalam sekitar 30 kilometer lebuh raya PLUS termasuklah Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). – Malaysia