Pas sanggup tinggalkan UMNO kerana nak bersama rakan baharunya, PPBM.

KUALA LUMPUR – Parti Islam SeMalaysia (Pas) menyokong langkah pantas kerajaan dalam mengenakan tindakan kepada 215 majikan yang telah disenaraihitam dan digantung daripada menerima bantuan Program Subsidi Upah (PSU).

Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad berkata, tindakan itu wajar susulan ia telah disalahgunakan oleh segelintir majikan, yang mengambil bantuan ini, tetapi pada yang sama, masih membuang pekerja mereka.

“Sehingga Ogos 2020, sebanyak 215 aduan yang melibatkan salahguna majikan telah diterima oleh pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM)

“Jika masih terdapat syarikat terjejas, kerajaan disaran agar melaksanakan Program Subsidi Upah Bersasar (PSUB) selepas PSU berakhir pada Disember 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan ketika ini optimis dan yakin bahawa ekonomi Malaysia dijangka memulih menjelang Januari 2021.

“Ia berdasarkan kadar pengangguran yang menurun pada Julai dengan kadar 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020,” katanya.

PSU merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat terjejas akibat COVID-19.

Setakat ini, kerajaan telah berjaya menyelamatkan sebanyak 2.7 juta pekerja sejak ia mula dilaksanakan dan menelan belanja Kerajaan sebanyak RM13.8 Billion setakat 28 Ogos 2020. – MalaysiaGazette