Gambar yang dimuatnaik oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitter.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memuji Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meluangkan masa bertemu Veveonah Mosibin dan menyampai permohonan maaf bagi pihak kerajaan.

Pujian terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inonasi itu dibuat menerusi ciapan di laman Twitter – Well done YB @Khairykj 

Bekas Menteri Kewangan itu turut mengucapkan selamat berjaya dalam pembelajaran dan kerjaya kepada Veveonah.

Khairy ni memuatnaik dua keping gambar pertemuannya dengan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu di laman Twitrer.

“Sempat bertemu Veveonah di UMS (Universiti Malaysia Sabah). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” katanya.

Artikel berkaitan: KJ jumpa Veveonah, minta maaf wakil pihak kerajaan

Selain itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu telah mencadangkan supaya Veveonah berkerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.

Artikel berkaitan: Kenyataan dua timbalan menteri terhadap Veveonah tidak betul – KJ