Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Vevenoah di UMS.- Gambar FB.

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjumpa sendiri dengan Vevenoah Mosibin bagi meminta maaf bagi pihak kerajaan.

“Sempat bertemu Veveonah di UMS (Universiti Malaysia Sabah). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” katanya.

Kenyataan Khairy itu dikongsi dalam status rakannya, Ibdillah Ishak hari ini.

Selain itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu telah mencadangkan untuk Veveonah berkerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar.

Sebelum itu, beliau juga menegur kenyataan dua timbalan menteri kepada pelajar UMS berkenaan selepas ia tular di media sosial.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenyataan dua timbalan menteri terhadap Veveonah tidak betul – KJ

4 Komen

  1. 5 bintang utk kl tapi kalau menteri / timbalan yg berkaitan jumpa veveonah lagi bagus/tepat .secara tidak langsung Veveonah telah mewakili semua rakyat yang menghadapi masalah yg sama di seluruh tanah air.

Comments are closed.