Keadaan di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Gilberto Novaes, Manaus, Brazil, Foto Agensi

NEW YORK – Jumlah kematian global akibat koronavirus melepasi 900,000 selepas jumlah jangkitan melonjak kepada 27.2 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk dilanda wabak itu dengan angka korban melepasi 190,000 dan jumlah kes 6.3 juta.

Brazil pula berada pada tempat kedua dengan lebih 127,000 kes kematian, diikuti India dengan hampir 174,000 orang mangsa telah terkorban.

Isnin lalu, India mengesahkan sebanyak 90,802 kes jangkitan baharu – kenaikan tertinggi dalam sehari, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 4.3 juta.

Brazil pula pada kedudukan ketiga dengan 4.1 juta kes.

Kini pusat wabak berpindah ke India – negara yang memiliki populasi kedua terbesar dunia tanpa menunjukkan tanda-tanda kemuncak.

Ketika bar dibuka semula pada hari Rabu untuk pertama kalinya sejak penutupan, ia menambah lebih banyak kes setiap hari daripada negara lain sejak awal tahun ini dengan mencatatkan lebih banyak kematian daripada negara lain – rata-rata lebih dari 1.000 setiap hari selama dua minggu terakhir ini.

AS masih menyumbang lebih separuh daripada semua kematian di seluruh dunia kerana jumlah kematian yang tinggi di Mexico, Peru, Colombia, Chile dan Ecuador.

Rata-rata lebih daripada 5,600 orang mati setiap hari akibat Covid-19, menurut data Reuters .

Angka kematian India sekitar 1%, sementara Brazil dan Amerika Syarikat mempunyai kadar kematian sekitar 3%, selari dengan purata dunia. – MalaysiaGazette