KUALA LUMPUR – Kenapa PKR belum umum calonnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah?
Malah semasa pengumuman calon Warisan Plus hari ini, hanya ada Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.
Itu pun dikatakan tidak memakai baju berlogo PKR dan tidak menyertai sidang media bersama Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Adakah PKR ‘memboikot’ kerana permintaan mereka mahu sebanyak 14 kerusi seperti diumumkan semalam tidak dilayan?
Terdahulu, Mohd Shafie mengumumkan Warisan Plus kecuali PKR akan bertanding di 66 kerusi dan ia bermakna jumlah kerusi masih tinggal hanya tujuh sahaja kepada PKR – separuh daripada sasaran parti itu.
Terdahulu, pada majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu Mohd. Shafie mengumumkan parti itu, DAP dan Amanah akan bertanding di 54 kerusi seperti laporan FMT.
Wilfred Madius Tangau selepas itu mengumumkan Upko akan bertanding di 12 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan ditandingi Warisan Plus tidak termasuk PKR adalah 66.
Mohd Shafie dalam sidang medianya hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada PKR untuk membuat pengumuman sendiri namun berharap ia dilakukan secepat mungkin kerana penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.
“Saya harap mereka akan mengekalkan kerjasama ini, kerana Upko tidak bertanding banyak di Semenanjung, kita tidak bertanding di Sarawak, Perlis, Kedah, Selangor, jadi mereka bertanding di semua kawasan itu, jumlah kerusi banyak.
“Sekurang-kurangnya kehadiran mereka (PKR) bukan berbentuk menjadi calon yang kita kena agih-agihkan di sini
“Bagaimanapun, kami tidak ketepikan mereka, contohnya PKR dapat jawatan yang tinggi walaupun DAP lebih banyak kerusi, inilah bentuk kerjasama dengan parti komponen,” katanya.
Beliau berkata, rundingan berkaitan pengagihan kerusi sepatutnya selesai, sebab itu Warisan Plus mengumumkan calon bertanding hari ini.
“Mereka ada di sana ketika perbincangan dibuat, saya ada memberitahu mereka.
“Tapi saya tidak pasti, saya cuba memberitahu Saifuddin (Nasution Ismail) yang ia bukan sesuatu yang bagus, kita ada masa yang terhad untuk membuat pengumuman kerana adalah penting untuk kita pastikan semuanya susah bersedia,” katanya.
Setakat ini, tidak ada sebarang komen termasuk dari Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Adakah PKR menerima baki tujuh kerusi yang ada atau bertanding sendirian dalam PRN Sabah kali ini?- MalaysiaGazette
….agak2nya la…apa pulak “janji” PH kali ni?
Peringatan orang Sabah….
KALAU TUAN PERGI MEMANCING
JANGAN LUPA MEMBAWA UMPAN
KALAU TAK MAU KENA KENCING
JANGAN UNDI PAKATAN HARAPAN.!!