MELBOURNE (Reuters) – Perhimpunan besar-besaran diadakan di Auckland bagi membantah perintah kerajaan yang mengenakan perintah penjarakan fizikal bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai yang kebanyakannya tidak memakai pelitup muka berhimpun dalam keadaan sesak.

“Kami berhimpun pada hari ini kerana kami percaya yang kita perlu mempertahankan hak asasi.

“Kami semua berada di sini kerana percaya, inilah masanya untuk bangkit dan mengatakan “kami mahu hak dan kebebasan kami semula,” kata Ketua parti Advance New Zealand, Jami-Lee Ross kata salah seorang penganjur demonstrasi tersebut.

Masih tidak terdapat laporan mengenai sebarang penangkapan peserta yang menyertai himpunan tersebut.

New Zealand, negara yang mempunyai lima juta penduduk dipuji kerana berjaya mengekang penularan Covid-19 di dalam komuniti bagaimanapun, wabak tersebut kembali semula pada Ogos lalu di Auckland dan menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan di bandar berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast