Video yang menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan terhadap dua anggota polis di Los Angeles. foto Agensi

CALIFORNIA – Dua polis Los Angelas dikejarkan ke hospital selepas ditembak dalam satu serangan.

Video insiden itu menunjukkan seorang individu telah mendekat kenderaan yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa lalu melepaskan tembakan.

Suspek kemudian melarikan diri.

Pegawai polis Los Angeles, Alex Villanueva menyifatkan serangan ini sebagai tindakan pengecut.

Setakat ini suspek masih belum dapat dikesan.

Berikutan itu, polis mengumumkan ganjaran sebanyak AS$100,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek.

Kira-kira 40 orang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) ketika bertugas pada tahun ini, menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Lapan daripada mangsa diserang.

Identiti dua mangsa itu belum didedahkan tetapi dikatakan ia membabitkan seorang wanita berusia 31 tahun dan seorang lelaki berusia 24 tahun.

Anggota polis wanita itu ditembak pada rahang dan lengan dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil setelah menjalani pembedahan, kata pihak berkuasa.

Manakala mangsa lelaki pula terkena tembakan pada dahi, lengan dan tangan dan digambarkan berada dalam keadaan berjaga-jaga, lapor ABC News. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast