KUALA LUMPUR – Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo mengambil keputusan untuk meninggalkan badan induk itu selepas kontraknya tamat pada penghujung tahun ini.

Pengesahan De Roo yang berasal dari Belanda itu dibuat di Facebook miliknya.

Namun dia tidak mendedahkan punca sebenar membuat keputusan itu namun mengakui ia sukar untuk dibuat.

“Sukar untuk saya membuat keputusan ini, saya seperti belum bersedia untuk meninggalkan kerjaya ini kerana merasakan saya baru sahaja memulakannya.

“Saya bagaimanapun berasa gembira sepanjang bersama FAM kerana berpeluang bekerja dengan ramai individu dalam bola sepak Malaysia. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan selama ini,” tulisnya.

FAM sebelum ini melantik De Roo sebagai pengarah teknikal bermula 1 September 2017 dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan termasuk menjawat jawatan sama di kelab Cambuur Leeuwarden dan pasukan kebangsaan Australia Bawah-16 tahun dan Bawah-17 tahun.

Dia juga pernah menjadi Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bola Sepak Australia dan Institut Sukan Australia (FFA).

De Roo memiliki lesen khas melatih pemain muda elit dari Persatuan Bola Sepak Belanda, lesen AFC Pro Diploma serta Lesen Bola Sepak Bersyarat dari Persatuan Bola Sepak Australia.

Dia pernah membawa pasukan Bawah-17 tahun Australia ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC Bawah-16 pada tahun 2014 di Thailand sekaligus melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2015 Bawah-17. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast