KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ditentang habis-habisan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.
Ini disahkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang dengan tegas menyatakan, parti itu akan mempertahankan kerusi tradisinya pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, PKR negeri dan Pakatan Harapan (PH) Selangor khususnya sudah bersiap sedia menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang tanpa menunggu tamat tempoh PRU-14 pada April 2025.
“Secara tradisinya, PKR Selangor sudah bersiap sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang dimenangi sejak tahun 2008.
“Kita yakin dapat kembali kerusi ini berdasarkan kehendak rakyat dan perjuangan reformasi yang dibawa PKR, bukan atas faktor individu mahupun sekadar ikut-ikutan.
“Sekarang hanya tinggal masa untuk pilihan raya sahaja, bukan kita tidak sabar, tetapi kita hendak menyatakan memang parti Keadilan sudah bersiap sedia untuk menghadapinya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Pada PRU-14, Mohamed Azmin yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti besar iaitu 48,721 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu mendapat 75,113 undi, manakala Abdul Rahim (26,392 undi) dan Ir, Khairil Nizam (17,537).
Walaupun digabungkan undi BN dan Pas yang berjumlah 43,929 sekali pun, angka itu tidak dapat mengatasi jumlah diperoleh calon PKR sekali gus Perikatan Nasional (PN) boleh ‘memadamkan impian’ untuk memenangi mengekalkan kerusi itu pada PRU akan datang.
Menurut Amirudin, PKR pernah mengecapi detik manis kerana kepercayaan dan kekuatan melaksanakan perjuangan reformasi untuk membuang elemen merosakkan seperti politik kebencian, yang mana akhirnya parti itu menerima kejayaan pada tahun 2018.
Mohamed Azmin kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. – MalaysiaGazette
Uruskan dahalu hal hal yg berkaitan masaalah rakyat diselangor seperti air, pusat perjudian dan kilang haram. Jangan begitu yakin kerana kuasa penentu adalah ditangan rakyat.
Jgn terlalu bacul dgn kemenangan lama, segala tembelang pakatan hancing dah dah terbuka dan rakyat bkn buta hati untuk membuat timbang tara.di waktu pilihanraya nanti terhegeh2 la calun2 meraih simpati utk dpt kerja yb, kedai kopi buruk di jadikan istana bila dah dpt jawatan yb kdi kopi diibarat tong taik..inilah dunia politik..
Kasi tendang pengkhianat