rpt

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Selangor menggesa pihak berkuasa, polis dan Jabatan Peguam Negara menyegerakan siasatan kes rasuah membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Penerangannya, Aemierulrizaki Rambli menegaskan, kehilangan wang tunai RM250,000 yang disimpan Syed Saddiq di kediamannya perlu dipandang serius apatah lagi ia bersangkutan penemuan wang tunai RM600,000 di kediaman dua pemimpin Armada, Jun lalu.

“Saya menggesa Peguam Negara dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil berat tentang kes ini dan kita mahu kes ini disegerakan siasatannya.

“Kalau dapat bukti yang cukup, kita minta terus didakwa untuk kita tahu apa sebenarnya berlaku. Kita juga nak tahu ke mana perginya duit-duit sebegitu banyak dilaburkan.

“Adakah duit ini dilaburkan dalam pemilihan parti Bersatu sebelum ini atau duit ini dilaburkan untuk kepentingan peribadi,” katanya melalui Facebook Live miliknya, hari ini.

Semalam, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan kedudukan dana sebanyak RM50 juta yang telah diperuntukkan kepada Syed Saddiq semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan untuk membangunkan 222 Youth Power Club (YPC) di seluruh negara.

Walaupun banyak kes membabitkan Syed Saddiq melibatkan jutaan ringgit, namun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat lemah mengambil tindakan undang-undang.

Ini memberi gambaran seolah-olah Syed Saddiq kebal dengan tindakan undang-undang dan dilindungi oleh individu tertentu sebagai balasan sokongan Ahli Parlimen Muar itu kepada Muhyiddin.

Dalam pada itu, Aemierulrizaki juga melahirkan kebimbangan apabila tular di media sosial mengenai surat Syed Saddiq kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon dana tambahan bagi tujuan YPC.

“Beberapa minggu lepas, terbongkar pula surat bertarikh 6 Ogos 2019 daripada Syed Saddiq kepada Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir meminta peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta untuk projek yang sama.

“Jadi kita mempersoalkan siapa dalang di sebalik YPC sedangkan surat itu daripada daripada Syed Saddiq sendiri,” katanya.

Katanya lagi, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu segera membuat pendakwaan terhadap pemimpin Armada lain yang menyimpan wang tunai RM600,000 di kediaman mereka, Jun lalu.

“Presiden YPC Rafiq, Hakim Razali merupakan Bendahari Armada di bawah pimpinan Syed Saddiq ketika itu.

“Selepas pihak SPRM mengesyaki penyelewengan dalam akaun sayap Pemuda Bersatu itu, Rafiq Hakim ditahan dan dia dijumpai bersama dengan wang tunai RM600,000.

“Kesemua kes ini adalah berkaitan dengan dana begitu besar melibatkan wang yang diperuntukkan oleh kerajaan yang digunakan atas nama YPC, lebih RM50 juta peruntukan diberikan kepada Syed Saddiq kononnya untuk belia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Jgnlah senyap midin…Kau kata kau manusia yg mmpunyai integriti yg tinggi…Takkan dlm kes ni kau sudah lembik..

  2. Teringat seorang sahabat tu , tak menyempat nyempat nk solat taraweh rumah dia diserbu satu regement rasa nya ..berhari2 konon ada menyimpan berterilion dalam rumah ..laju ja buat kerja ..

Comments are closed.