Tertuduh Pang Kar Foong dikawal rapi ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini. Foto Bernama

IPOH – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, di sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat dua minggu lalu.

Tertuduh, Pang Kar Foong, 49, dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, bagaimana tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Pang Ket Tai, 75,  menggunakan botol dan serpihan botol kicap di dalam sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat di sini pada kira-kira 6.30 petang, 12 Sept lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee, manakala tertuduh diwakili Peguam R. Rajasegaran.

Mahkamah menetapkan 9 Nov depan untuk sebutan semula kes, bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Sementara itu, Rajasegaran ketika ditemui memaklumkan anak guamnya yang tidak bekerja itu, perlu mendapatkan rawatan susulan sakit mental di Hospital Tanjung Rambutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast