WASHINGTON – Kes kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat (AS) melepasi 200,000 orang.

Menurut data John Hopkins University, lebih daripada 6.8 juta orang telah dijangkiti dengan wabak itu di AS, lebih banyak berbanding negara-negara lain.

Dakota Utara dan Utah menunjukkan kenaikan kes.

Pada bulan Mac lalu, Presiden Donald Trump berkata, jika berlaku kematian Covid-19 antara 100,000 hingga 200,000, AS telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Bulan lalu, semasa 15 kes kematian dilaporkan berlaku, Trump meramalkan jumlah itu akan menghampiri sifar dalam beberapa hari lagi.

JHU melaporkan jumlah kematian baharu sebanyak 200,005 pada hari Selasa.

Universiti ini telah mengumpulkan data koronavirus untuk AS dan global sejak wabak itu bermula akhir tahun lalu di China.

Kes pertama di AS disahkan pada bulan Januari. – MalaysiaGazette