Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan jangan sesekali hilang fokus dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah hilang majoriti.

Sebaliknya, jentera BN perlu terus kerja kuat memenangi hati rakyat dan pengundi seluruh Sabah menjelang Hari Mengundi pada 26 September ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menyifatkan pengumuman Anwar bahawa kerajaan sedia ada bakal tumbang hanyalah gimik politik dan suatu tindakan terdesak untuk raih sokongan rakyat Sabah dalam tempoh dua hari berkempen.

Katanya, strategi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mengalihkan kemarahan rakyat Sabah terhadap beberapa kenyataan dangkal Datuk Mohammaddin Ketapi dalam isu pencerobohan Lahad Datu dan Covid-19.

Jelasnya, usaha terakhir dan terdesak Anwar ini untuk memancing rakyat Sabah agar undi diberikan kepada calon-calon Warisan, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara dengan meyakinkan mereka kononnya kerajaan pusat bakal berubah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. yang hilang focus tu presiden umno…statement dia dh buat macam umno tak bersatu…baik suruh dia letak jawatan…kes mahkamah pun belum selesai.jgn heret parti ke dlm kes dia…tengok boss ku gentlement, ada kes mahkamah letak jawatan…mana nak letak muka sbg presiden.

Comments are closed.