MOSCOW – Kes baharu Covid-19 di Rusia meningkat kepada 6,595, kenaikan terbesar dalam dua bulan.

Jangkitan baharu di Moscow melebihi 1,000 orang untuk pertama kalinya sejak akhir bulan Jun.

Rusia menarik semula sekatan pergerakan pada awal bulan Jun.

Banyak kedai, perniagaan dan rangkaian pengangkutan di Moscow kini beroperasi seperti biasa, walaupun kadar penghunian pejabat tetap jauh lebih rendah.

Pelaksanaan penjarakan sosial masih dilaksanakan dan rakyatnya mesti memakai pelitup muka di kedai dan semasa menaiki pengangkutan awam di ibu negara Rusia, walaupun ada yang melanggar peraturan.

Penumpang yang baharu tiba dari luar negara diwajibkan memeriksa suhu mereka dengan pengimbas inframerah khas.

Pusat tindak balas krisis Covid-19 mengatakan pada hari Khamis bahawa kes harian di Moscow mencecah 1,050, lebih tinggi daripada di bandar atau wilayah lain.

Setakat ini belum ada arahan sekatan pergerakan semula tetapi cuba mengawal gelombang kedua.

Kes harian baru di Moscow tidak turun di bawah 531 sejak 23 Jun lalu.

Sebanyak 149 orang telah mati di seluruh negara dalam 24 jam menjadikan angka kumulatif korban Covid-19 meningkat kepada 19,948.

Jumlah kes jangkitan koronavirus di Rusia sebanyak 1,128,836 – keempat terbesar di dunia. – MalaysiaGazette