- Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.- Gambar hiasan.

JAKARTA – Ibu kota Indonesia akan melanjutkan sekatan pergerakan selama 14 hari lagi kerana jangkitan coronavirus terus merebak di kawasan sekitar bandar.

Pelaksanaan semula penjarakan sosial sejak minggu lalu membantu Jakarta mengatasi kes baharu, tetapi bandar-bandar di sekitarnya seperti Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi terus mencatat kenaikan, kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan.

Sekatan itu sebelum ini dijadualkan berakhir pada 27 September.

Indonesia menyaksikan peningkatan jumlah jangkitan baharu sebanyak 4.634 kes pada hari Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 262,022.

Suku daripada keseluruhan kes berlaku di Jakarta.

Tanpa sekatan, Baswedan menjangkakan kes baru di Jakarta akan meningkat sebanyak 2.000 sehari pada pertengahan Oktober.

Bandar itu menambah 1,044 kes pada hari Khamis.- MalaysiaGazette