LONDON – Britain merekodkan jumlah kes jangkitan Covid-19 harian tertinggi pada hari Khamis, menggambarkan gelombang jangkitan kedua yang melanda negara itu, juga disebabkan peningkatan ujian saringan berbanding semasa gelombang pertama.

Jumlah jangkitan pada hari Khamis meningkat daripada 6,178 pada hari Rabu, juga bertambah daripada 4,926 pada hari sebelumnya.

Sebelumnya, Setiausaha Kesihatan Matt Hancock menganggarkan kurang daripada 10,000 orang dijangkiti setiap hari, berbanding dengan jumlah yang dianggarkan lebih dari 100,000 pada kemuncak gelombang pertama.

“(Semasa kemuncak), kita menganggarkan melalui kaji selidik lebih 100,000 orang dijangkiti, tetapi didapati kira-kira 6,000 orang didapati positif.

“Sekarang kita mengunjurkan di bawah 10,000 orang yang dijangkiti. Itu terlalu tinggi tetapi masih rendah berbanding kemuncak pertama,” ujarnya.

Walaupun kapasiti ujian saringan telah meningkat secara mendadak sejak gelombang pertama, sistem tetap mengalami tekanan, dengan ramai orang mengadu tidak dapat menjalani ujian, atau harus menempuh jarak jauh untuk melakukannya.

Kelewatan mendapatkan hasil juga menyebabkan kritikan terhadap sistem yang ada.

Kesihatan Awam England mengatakan terdapat 40 kematian baharu, meningkat daripada 37 hari sebelumnya.

Pada puncak wabak itu, Britain melaporkan lebih daripada 1,000 kematian setiap hari.

Britain mempunyai angka kematian tertinggi akibat Covid-19 di Eropah, iaitu 41,902 orang. – MalaysiaGazette

 

Live-updating proportional symbol map of the world showing the cumulative death toll from Covid-19 by country. Data updated daily.