India kini negara kedua terbanyak merekodkan kes jangkitan Covid-19. foto Agensi

BENGALURU- Kes jangkitan Covid-19 di India melonjak kepada 5.82 juta selepas merekodkan 86,052 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Data dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan sejumlah 1,141 orang meninggal dunia dalam tempoh tersebut, menjadikan angka korban terkumpul sebanyal 92,290.

Di peringkat dunia, India merekodkan jumlah kes kedua tertinggi di belakang Amerika Syarikay yang mencatatkan kes kes jangkitan sebanyak 7 juta. – MalaysiaGazette