Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memantau perkembangan proses mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kediamannya sahaja kerana perlu menjalani kuarantin di kediamannya selama 14 hari bermula hari ini.

Ini kerana beliau menjadi kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii yang dilaporkan positif Covid-19 ketika berkempen di Sabah baru-baru ini.