Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – PKR menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa yang sama, katanya, PKR berharap proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan Warisan Plus, khususnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah yang telah memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP yang memenangi enam kerusi dan UPKO yang berjaya memenangi satu kerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew atas kejayaan mempertahan dua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Anwar menganggap usaha kuat parti terutama di DUN Sook yang melihat peningkatan hampir dua kali ganda peratus undi buat PKR berbanding 2018.

“Saya pohon semua pihak termasuk pimpinan parti akur dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia berkait Covid-19 terutama dalam isu saringan dan kuarantin,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. LIDAH BERCABANG DAN BERPURA2 ANWAR munafik…tetapi anwar dan konconya tidak HORMATI pilihan YDPA dn perlembagaan negara

Comments are closed.