Kerajaan meningkatkan jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 kepada RM300,000 berbanding RM200,000 ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.00 sen seunit untuk ASM3 manakala ASN Equity 5 dan ASN Sara, masing-masing sebanyak 3.10 sen seunit dan 3.60 sen seunit.

Agihan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 September.

Dalam satu kenyataan, ASNB berkata, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM571.3 juta untuk 513,721 pemegang unit ASM3 dengan pegangan 14.3 bilion unit.

Untuk ASN Equity 5 pula pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM12.7 juta kepada 11,029 pemegang unit.

Manakala ASN Sara pula mengagihkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM61.9 juta kepada 39,559 pelabur yang memiliki lebih 1.7 bilion unit. – MalaysiaGazette