Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Hala tuju parti UMNO selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) PRN Sabah akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO dan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Itu respon segera Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam media sosial selepas kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu beliau membuat keputusan selepas apa yang berlaku di Sabah.

“Ini soal penting. Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh.

“Pimpinan parti boleh beri pandangan,” katanya ringkas.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tok Mat minta Presiden UMNO buat keputusan