Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 di Sabah bermula daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) iaitu 50 peratus dari Kluster Benteng Lahad Datu yang mana kebanyakannya dikurung dalam penjara atau Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun kesemuanya sedang dibendung dengan tindakan dalam komuniti di seluruh negeri itu menerusi larangan rentas daerah seperti yang pernah dilaksanakan di Sarawak.

Katanya, walaupun pihaknya berjaya membendung kluster-kluster seperti Tawar, Kurau, Sungai dan superspreader Sivagangga namun hanya Kluster Tembok yang kini ‘mencabar’ pasukan petugasnya.

“Hanya tinggal satu kluster iaitu Tembok jangkitannya kita syaki bermula daripada pengiring banduan di penjara atau pusat tahanan PATI yang membawa banduan juga dan apabila banduan kembali maka berlaku jangkitan.

“Ia sama dengan di Sabah apabila banduan dari Penjara Tawau dibawa bermalam di lokap Lahad Datu sebelum jangkitan berlaku di situ setelah banduan kembali ke penjara Tawau.

“Jadi, kita kena lihat kawalan Prosedur Operasi Standard untuk digunapakai di penjara dan apa yang pasti jangkitan di Kedah terkawal iaitu dalam penjara.

“Saringan sedang dilaksanakan secara giat terhadap semua banduan dan juga warden supaya dapat dikawal segera,”katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinannya dalam tempoh seminggu dua lagi penularan itu dapat dibendung dan saringan dipergiatkan terhadap mereka yang pulang dari negeri Sabah iaitu di pintu masuk antarabangsa dan domestik.

Tambah Noor Hisham, setakat ini, pihaknya menjalankan saringan terhadap 14,747 individu daripada 27 September lalu hingga hari ini dan 176 orang daripadanya dikesan positif setakat ini bersamaan 1.19 peratus.

“Jadi, ia masih dalam kawalan kita dan yang penting kerjasama padu berpasukan pelbagai pihak melaksanakan aktiviti khususnya kawalan ketat di sempadan oleh PDRM dan Angkatan Tentera akan membantu mencegah pencerobohan PATI dalam negara.

“Kita akan terus menggunakan kaedah kesihatan awam untuk menjejaki juga mengesan kes positif dan kes yang disyaki disamping menasihati rakyat di Sabah supaya mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan untuk memutuakan rantaian virus maut itu.

“Walaupun vaksin tetapkan hanya 50 peratus pemulihan Covid-19, kaedah kesihatan awam adalah lebih baik daripada vaksin yang disyorkan dan penting sekali elakkan perhimpunan tanpa penjarakan sosial,” tegasnya.

Justeru katanya, para petugas kesihatan juga disarankan mengelak jangkitan kerana mereka lebih berisiko terkena jangkitan apabila berehat di ruang makan dalam keadaan sempit.

Ujar beliau, amalan kesihatan boleh melandaikan lekongan dan kerjasama padu penting tanpa menyalahkan atau stigmakan satu sama lain,” katanya.-MalaysiaGazette