Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- AirAsia Japan Co. Ltd. menghentikan operasi berkuatkuasa 5 Oktober ini.

Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Operasinya, Jun Aida berkata, syarikat penerbangan tambah murah itu telah menerima impak besar daripada penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Sekatan perjalanan serta ketidaktentuan menyebabkan permintaan terhadap penerbangan sama ada untuk tujuan perniagaan mahu pun santai terjejas sehingga menyebabkan pengurangan, pembatalan penerbangan dan pesawat tidak boleh digunakan.

Kesemua faktor itu katanya telah menjejaskan keupayaan syarikat untuk terus beroperasi.

“Di sebalik usaha berterusan untuk mengekalkan operasi melalui pelbagai inisiatif pengurangan kos, kami membuat keputusan bahawa cabaran iin terlalu berat untuk kami tanggung dan dalam masa yang sama jalan untuk pemulihan pasca-pandemik masih kabur.

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu-tetamu kami yang setia serta pemegang taruh yang telah menyokong kami selama ini.

“Keputusan berat ini tidak buat dengan mudah dan telah dipersetujui menerusi semakan perniagaan yang mendalam.

“Langkah seterusnya berhubung keputusan ini akan dibuat berdasarkan undang-undang dan peraturan trermasuk Akta Aeronatik Awam Jepun.

“Kami telah membatalkan penerbangan. Kesemua tetamu yang terjejas akan dihubungi melalui emel dan maklumat lanjut dalam tempoh tujuh hari akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette