full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan turut menjalani kuarantin wajib di rumahnya mulai hari ini hingga 17 Oktober ini.

Dalam kenyataannya kepada media, Setiausaha Agung Pas berkata, proses kuarantin yang dikenakan ke atas beliau susulan kehadirannya dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu.

“Memandangkan saya berstatus kontak rapat dengannya, saya kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah sehingga 17 Oktober ini.

“Maka, semua mesyuarat atau program yang membabitkan saya ditangguhkan seketika,” katanya.

Beliau bagaimanapun, bersyukur kerana keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalani semalam adalah negatif.

“Namun, saya masih perlu dikuarantinkan dan menjalani ujian saringan lagi pada hari kelima dan ke-13.

“Sementara itu, saya tetap akan terus menjalankan tugasan serta kerja-kerja berkaitan dari rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.