Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR- Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan pinjaman kepada mana-mana syarikat penerbangan.

Kementerian Kewangan mahu menjelaskan bahawa ia tidak pernah meluluskan sebarang pinjaman kerajaan atau memberi jaminan pinjaman kepada mana-mana syarikat penerbangan,” kata kementerian itu dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, media melaporkan AirAsia Bhd berjaya memperolehi pinjaman sebanyak RM1 bilion yang mana 80 peratus daripadanya dijamin oleh Kementerian Kewangan.

Pinjaman yang akan dikeluarkan bulan depan itu akan dibuat oleh sekumpulan bank di bawah satu skim kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah akibat Covid-19.

Laporan oleh Nikkei Asia dan dipetik oleh pelbagai media itu telah menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mempertikaikan keputusan tersebut dengan beranggapan kerajaan tidak seharusnya mengabaikan MAS semasa memberi bantuan kepada AirAsia.

Industri penerbangan merupakan industri paling teruk terjejas akibat pandemik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.