Foto Instagram Ammar Alfian.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ammar Alfian mengesahkan dia dan isterinya, Nelissa Nezam telah bercerai secara tebus talak hari ini.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon filem Paskal itu memberitahu isterinya telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7,000,” tulisnya.

Sementara itu, Ammar, 33, turut membayangkan kebenaran yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya bakal terbongkar tidak lama lagi.

“Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia.

Januari lalu, Nelissa telah membuat tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun telah ditolak Ammar pada Julai lalu

Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2016.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun. – MalaysiaGazette