Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan memastikan kehidupan rakyat di negara ini yang sedang berdepan dengan penularan Covid-19 terus terbela.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BN merupakan komponen terbesar dalam kerajaan hari ini.

Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional adalah seramai 43 orang biarpun jumlah sebenar adalah 59 daripada 113 kerusi.

Ini kerana, 16 Ahli Parlimen BN telah berpindah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Tegasnya, UMNO masih kekal dalam Muafakat Nasional.

Lantaran itu, beliau sekali lagi mengulangi dan menegaskan bahawa parti itu sama sekali menolak sebarang kerjasama dengan DAP mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.