Dr Mujahid Yusuf Rawa
Dr Mujahid Yusuf Rawa

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara tersirat mahu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu, dakwa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan ego yang terlalu tinggi dalam kepimpinan parti itu, mereka memberi alasan ‘tidak mahu’ kerana adanya DAP.

Katanya, hanya kerana ego ini, menghalang mereka keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk hasil dari ‘Langkah Sheraton’.

“Ego terbesar UMNO setakat ini ialah ‘tiada DAP’, walaupun mereka tahu tulahan ‘Sheraton’ lebih memudaratkannya dan berpotensi merosakkan negara.

“Apalah ego itu jika dibandingkan survival UMNO yang semakin hari didesak oleh kepimpinan dan akar umbi untuk tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Dr. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, alasan ‘No DAP’ merupakan super ego UMNO yang menentukan nilai serta kayu pengukur moral parti itu dan yang memberikannya suntikan retorik politik Melayunya.

Kerumitan itu, ujarnya, adalah cabaran besar langkah Presiden PKR untuk mengangkat ‘sumpahan Sheraton’ dari batang tubuh UMNO yang kini berkecamuk.

“Pada pandangan saya, super ego UMNO perlu diletakkan pada landasan yang menguntungkan semua pihak.

“Ya, memang sukar untuk kita berkrompomi dengan super ego kita kerana kita akan dianggap tidak berperinsip, tetapi janganlah pula menutup pintu rundingan.

“Ini kerana rundingan adalah cara terbaik untuk kita mencari ruang supaya prinsip kita diimbangi dengan keperluan lebih besar di luar parti kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan UMNO agar tidak merasakan yang DAP juga mudah menerima super ego parti itu, kerana mereka juga ada ego politiknya, tetapi sekurangnya sikap awal DAP ialah menyokong langkah Anwar demi memenuhi keperluan lebih besar untuk rebooting keadaan politik nasional.

Katanya, langkah Anwar adalah untuk mengembalikan maruah tragedi Februari 2020, yang mana terbentuknya kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akibat peletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kerajaan PH.

“Janganlah pula ada di kalangan elitis politik yang cuba sailang Anwar di tengah jalan untuk ambil kesempatan.

“Cukuplah sehingga membawa kita berantakan dan rakyat menderita dan kita sudah semakin hampir keluar dari krisis politik.

“Cukuplah juga kita berbincang menuntut lebihan jawatan itu dan ini dengan syarat baru hanya untuk memenuhi ego kita. Rakyat melihat buruknya perangai kita berunding dengan para pembelot dan penyogok jawatan,” katanya.

Dr. Mujahid meminta semua parti berhenti bersengketa, dan kembalilah kepada suara rakyat yang mendambakan pengurusan pandemik yang cekap dan membantu rakyat menjalani kehidupan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Depa bahagi dua ..satu jurucakap dap khalid Jucakap pkr dia ni ..mujahid ..tpi dua2 ni boleh saja bertukar ..khalid tukar ke pkr dan mujahit ke dap pula..begitulah seterusnya sampai dua2 ni pupus .

  2. Amanah penyokong Gerakan evangelist DAP….
    Evangelist DAP mempunyai hasrat meruntuhkan akidah orang Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian sepertimana banyak video di YouTube dengan bantuan evangelist barat dan Yahudi.
    Umno dan orang Melayu yang tidak tergolong dalam kumpulan Liberal LGBT Syiah dan anti-quran anti-Hadis akan menolak evangelist DAP ini sehingga bila2.

Comments are closed.