Foto Instagram Fad Bochey.

KUALA LUMPUR – Pelawak Fad Bocey dan isteri, Nur Syahirah A. Rahman selamat menimang cahaya mata keempat mereka di sebuah pusat perubatan swasta pagi tadi.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Fad menerusi Instagram sebentar tadi.

Fad memberitahu, bayi lelaki itu diberi nama Ibrahim Jibriel.

Menerusi perkongsian itu, Fad meluahkan rasa syukur proses kelahiran anaknya itu berjalan lancar dan keadaan isteri serta bayi mereka berada dalam keadaan yang baik.

Fad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan keluarga mereka serta buat isterinya yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat keempat mereka.