PU Azman.

KUALA LUMPUR, Pencetus Ummah (PU) Azman dikenali ramai terutama di kalangan anak-anak muda yang lebih senang bertanyakan soalan mengenai agama kepadanya secara terbuka.

Bagi lebih mendekati golongan itu, PU Azman memaklumkan dia juga sudah mempunyai akaun TikTok dengan menggunakan nama @puazman.

Bagaimanapun, ada yang segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Netizen berpendapat, aplikasi tersebut bukan sebuah platform yang baik walaupun niat PU Azman hanya sekadar mahu menyebarkan dakwah kepada peminat dan mencadangkan untuk membuka saluran YouTube.

Terbuka dengan teguran tersebut, PU Azman tidak menafikan ada perkara negatif ditayangkan di TikTok namun sebagai pengguna yang bijak mereka perlulah memperbetulkan niat masing-masing.

“Ada orang cakap TikTok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ini tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asyik terperangkap dengan persepsi tapi kau sendiri tak ubah,” jawabnya di Instagramnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. betul tu ustaz. Dsh tunggu diorg g masjid taknak, skang biar ustaz yg pergi ke tiktok ngajar diorg. Sekadar pesan pesan buat kebaikan pun jd la dari takde pape.

Comments are closed.