KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) melancarkan video pendek untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan Malaysia sekali gus menaikkan ekonomi tempatan.

Dalam video berdurasi dua minit itu, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menitipkan pesanan supaya rakyat berganding bahu menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM).

Kedua-dua kempen yang dilancarkan pada Julai itu akan berlangsung sehingga akhir tahun ini.

Menurut KPDHEP, kerajaan akan memperluaskan lagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dengan menawarkan pelbagai insentif bagi membantu menggerakkan ekonomi yang terkesan akibat Covid-19.

Dengan bertemakan Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi, video penuh itu dapat ditonton di Youtube KPDNHEP TV bermula hari ini. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast