Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pungutan pendapat yang dikumpul Institut Darul Ehsan (IDE Selangor) semalam, menunjukkan 49.80 peratus daripada 51,147 responden memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat pungutan atau undian sebanyak 32.49 peratus, manakala 17.71 peratus lagi responden tidak setuju Parlimen dibubarkan atau diadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurut kenyataan IDE Selangor, pungutan suara juga dilakukan sama ada responden bersetuju pengisytiharan darurat atau tidak.

Katanya, 39,587 responden atau 77.39 peratus tidak bersetuju pengisytiharan darurat, manakala 22.61 peratus iaitu 11,560 responden setuju.

“Berdasarkan analisis, IDE Selangor mendapati majoriti menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, pungutan pendapat dijalankan bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam dua hari lalu secara elektronik menerusi sebaran Whatsapp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram.

Medium itu dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE dengan tinjauan melibatkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Pungutan pendapat itu dibuat susulan polemik politik yang berlaku, yang mana Muhyiddin pada Jumaat lalu mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang memohon mencadangkan baginda mengisytiharkan perintah darurat.

Kenyataan media Istana Negara ketika mengesahkan pertemuan itu, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan berbincang dengan Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan keputusan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. IDE+a= BODOH..
    Tak habis2 nak menangkan kaki bontot tu..
    Apa pun keputusan IDE ni yg nyata Selangor ni Negeri pemBangkang yg hanya tahu menyalak bila disuruh oleh anjing2 DAP n SIgila nak jd PM tu..

Comments are closed.