KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden MV Dayang Topaz melanggar struktur pelantar minyak minyak, semalam.

Sebelum ini, kejadian tersebut disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus ekoran cuaca buruk.

Lantaran itu, kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar strukur platform medan minyak Baram, 14 batu nautika dari perairan Miri.

Katanya, siasatan awal oleh syarikat itu turut mendapati kejadian itu tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

Artikel berkaitan: APMM cari 4 kru kapal Dayang Topaz hilang di perairan Miri

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

”Petronas akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan untuk memantau keadaan dan melakukan penilaian lebih lanjut untuk memastikan sebarang kemungkinan ditangani dengan cepat.

”Kami juga memberikan semua sokongan yang diperlukan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semasa kejadian semalam, kapal itu dikatakan bersentuhan dengan struktur pelantar setelah dawai sauhnya terputus ketika cuaca buruk.

Kapal itu, yang dimiliki oleh DESB Marine Services Sdn Bhd, sedang melakukan operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB). – MalaysiaGazette