Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP), Mohd Faizan Alias bercakap kepada media selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap University of Malaya Association of New Youth (UMANY) terhadap institusi diraja di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di seluruh negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Facebook.

Meskipun kenyataan yang dikeluarkan itu sudah ditarik balik selepas dikecam pelbagai pihak, namun tindakan pihak terbabit telah mengundang kemarahan ramai khususnya masyarakat Melayu.

Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan, Mohd Faizan Alias berkata, tindakan UMANY itu sangat melampau kerana ia menyentuh asas Rukun Negara di mana mereka telah dengan sengaja memperlekeh Agong serta sistem raja berpelembagaan.

Katanya, dengan cara memuat naik status di laman sosial dan menyebut perkara bahawa Agong tidak wajar mencampuri urusan negara ia jelas menunjukkan bahawa pihak terbabit gagal memahami prinsip sistem berperlembagaan itu.

“Yang diPertuan Agong ini menjadi satu institusi yang mengimbangi ahli-ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia.

“GPMS melihat perkembangan politik pun sudah tidak stabil. Jadi, kami harap Yang diPertuan Agong beri nasihat bukan mencampuri dan baginda sememangnya layak.

“(UMANY) tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia seolah-olah menghasut rakyat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wang di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Pertikai YDPA: Universiti Malaya kutuk, siasat kenyataan UMANY

UMANY biadap persoal kuasa YDPA – Kamarul Zaman

Mohd Faizan berkata, sebanyak enam laporan polis telah dibuat di beberapa negeri sejak semalam dan ia akan diteruskan sehingga ke 14 buah negeri di Malaysia.

Dalam pada itu beliau berkata, GPMS menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat ahli politik yang mendalangi tindakan UMANY dalam mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Katanya, sudah acapkali perkara seperti mencabar institusi diraja ini berlaku dan mereka yang terlibat tidak lagi boleh diberikan muka ekoran dibimbangi boleh menghasut anak-anak muda.

“Kalau ada pembabitan orang politik kita harap polis akan mengambil tindakan tegas kerana kita tidak mahu lagi perkara-perkara seperti ini berlaku pada masa akan datang.

“Bagi orang politik, berpolitiklah secara betul dan janganlah sesekali cuba menghasut rakyat dengan tindakan yang boleh menyebabkan berlaku kacau bilau di negara ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Jom boikot kedai2 dan produk2 DAP dan MCA, setidak2nya kini rakyat sudah punyai sedikit alternative untuk bertukar kepada produk2 Muslim Bumiputra!

    Diharap syarikat2 konglomerat seperti Albukhary Group, Felda dsb dapat mengeluarkan lebih banyak produk2 biskut, sabun, produk2 toiletries yang lain dsb! Jom semarakkan #BMF!

Comments are closed.