KUALA LUMPUR – Hanya tiga negeri masih berada pada tahap terkawal penularan Covid-19 sehingga hari ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kata beliau, tiga negeri itu ialah Perlis, Kelantan dan Terengganu, yang masing-masing dihimpit oleh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai tengah malam esok.
Menurutnya, tujuh negeri dikenakan PKPB termasuk Selangor ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu.
“Selangor antara negeri terawal dikenakan PKPB iaitu pada 14 hingga 27 Oktober lalu, sebelum dilanjutkan lagi selama dua minggu yang akan tamat tengah malam Isnin 9 November ini,” katanya pada sidang media khas Covid-19, hari ini.
Kata Ismail Sabri, berikutan PKPB di tujuh negeri berkenaan, Perlis, Kelantan dan Pahang turut terkesan dengan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke atas negeri yang dilaksanakan perintah itu.
Dengan kata lain, penduduk di tiga negeri itu tidak boleh merentas ke negeri yang dikenakan PKPB, kecuali kes kecemasan sahaja dibenarkan. – MalaysiaGazette
















