Presiden Persatuan New Youth Universiti Malaya (UMANY), Yap Wen Qing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Baharu University Malaya (UMANY) menzahirkan permohonan ampun dan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda.
UMANY dalam kenyataannya berkata, mereka mematuhi sistem raja berpelembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan negara.
Katanya, UMANY juga menarik balik kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.
Tindakan itu, katanya, dibuat selepas merujuk kepada pakar-pakar Perlembagaan.
“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap Perlembagaan,” kata UMANY.
Menurut UMANY, kenyataan 30 Oktober lalu adalah untuk perbincangan akademik dan tidak berniat menghasut sambil mendakwa Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.
Dalam kenyataan itu, UMANY juga menuntut pihak polis menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY.
Persatuan itu juga menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim yang didakwa  menyekat kebebasan bersuara.
“Pihak UMANY juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada pihak kami semasa dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan.
“Pihak UMANY akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Presiden UMANY, Yap Wei Qin sebelum ini mendakwa pihak polis telah menyalahguna kuasa apabila melakukan siasatan terhadap enam ahli jawatan kuasa persatuan tersebut dan menganggap keterangan yang diberi oleh beliau dan naib presidennya 5 November telah memadai.
Selain itu, bekas presiden UMANY juga ditahan polis kerana mengganggu siasatan apabila bertindak membuat rakaman video kehadiran polis ke kediaman mereka.
Terdapat 70 laporan polis dibuat terhadap hantaran UMANY di laman Facebook yang disifatkan sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong.

15 Komen

  1. ASSALAMMUALAIKUM TUANKU,
    ان شاء الله

    MEMANDANGKAN SITUASI SEKARANG RAMAI RAKYAT TIDAK MENGHORMATI

    ” RUKUN NEGARA ”
    ما شاء الله

    CADANGAN ABK
    SEBAIK BAIKNYA TUANKU MEMBERI ARAHAN DAN NASIHAT KEPADA KERAJAAN,

    UNTUK “HARUS” MENGEMBALIKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

    SUPAYA DAPAT MEMERANGI ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA,
    ان شاء الله

    AKTA KESALAHAN
    KESELAMATAN (LANGKAH – LANGKAH KHAS) 2012 (SOSMA) TIDAK BEGITU DITAKUTI.
    OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

    PENDAPAT PERIBADI ABK :

    AKTA
    KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (ISA) TIDAK SEPATUTNYA DIMANSUHKAN.

    ISA WAJIB DIKUATKUASAKAN SEMULA BAGI MEMBENDUNG ISU KETEGANGAN KAUM
    ان شاء الله

    ISA PERLU
    DIHIDUPKAN SEGERA KERANA
    ISA SIFATNYA MENCEGAH SEBELUM PARAH
    ان شاء الله

    PERLUNYA ISA KERANA IANYA MEMBOLEHKAN TINDAKAN
    DIKENAKAN KE ATAS MEREKA YANG MENJADI DALANG ATAU
    BERSIKAP

    ‘ BALING BATU SEMBUNYI TANGAN’

    UNTUK MENCETUSKAN
    KETEGANGAN DAN RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.

    KERAJAAN PERLU
    MELAKSANAKAN REFERENDUM BAGI MENGUMPUL SUARA RAKYAT UNTUK
    MENGEMBALIKAN SEMULA ISA DI SAMPING
    MENGEKALKAN AKTA HASUTAN 1948 BERIKUTAN BANYAK PERKARA BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN ISU SENSITIF DIBANGKITKAN.

    “ABK AMAT PERCAYA APA BERLAKU HARI INI,

    KEBIADABAN !

    KEANGKUHAN !
    dan
    SIFAT KURANG AJAR !

    SESETENGAH PIHAK ADALAH DISEBABKAN

    ISA TELAH
    DIMANSUHKAN.
    ما شاء الله

    “REFERENDUM RAKYAT
    DIPERLUKAN SAMA ADA MAHU
    KEMBALIKAN ISA ATAU TIDAK.

    ABK PERCAYA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA AKAN MENYOKONG..

    KERANA TIADA SESIAPA YANG INGIN MELIHAT NEGARANYA
    HURU – HARA MELAINKAN GOLONGAN YANG TIDAK MENYAYANGI NEGARANYA
    DAN TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH PADA NEGARA MALAYSIA.

    JIKA TIDAK KERANA MASALAH COVID19,
    PASTINYA KITA SUDAH ADAKAN PRU 15 SUPAYA KERAJAAN MEMPUNYAI KUASA UNDIAN PENUH DALAM PARLIMEN DAN MENDAPAT UNDIAN PENUH USUL INI KE PERSIDANGAN PARLIMEN AKAN DATANG
    . ان شاء الله
    امين يارب العالمين

    http://chng.it/DrmQCptqTM

  2. Kasihan budak budak ni kata ” kurang memahami Perlembagaan Malaysia “……macam mana mereka boleh lulus Kertas Am waktu ambil STPM?

  3. Dah macam trend kan. Saje buat onar pastu minta maaf. Kepada penguatkuasa undang2, teruskan tugas kalian. Kalau ada kesalahan sila dakwa supaya jadi pengajaran untuk yang lain2.

  4. Ini ke kumpulan Say No To King yang berharap Thai Spring akan merebak dan menular kesini? Atau ada kumpulan yang lain pula?

    Kepada pihak yang dipohon maaf, janganlah pula terlalu berbesar hati kerana perkara yang lebih teruk mungkin akan belaku lagi esok, lusa, bulan depan atau tahun depan? Mereka tidak akan berhenti?

    Mungkin networking mereka bersifat global, diharap pihak polis teruskan siasatan hingga keakar umbi, lebih baik ambil sikap berhati?

  5. Ideologi kumunis telah ditanam dan telah terpatri didalam hati2 mereka. Eloklah sentiasa behati2 kerana mereka akan terus memainkan sentimen seperti ini dimasa2 akan datang, kini ideologi tersebut berada didalam dunia demokrasi pula!

  6. Ramai nak tengok pendapat atau reaksi dari MP2 atau wakil dari parti belaan DAP aka KHADAM DAP?

    Adakah mereka juga bersama2 dengan kumpulan pelajar pengkhianat ini?

  7. Jatuhkan hukum dulu pastu korang mintak la maaf berani buat berani tanggung puak2 belaan dapig ni

  8. Maaf boleh..tapi yang salah tetap salah dan perlu di hukum sbg pengejaran..kurang pengetahuan bukan alasan..sebab kalau kurang pengetahuan jangan mempertikaikan dahulu sebelum cuba memahami benda yg yg hendak di pertikaikan
    Tgok pun boleh tahu mereka bukan jenis yang mahu menghormati perlembagaan negara…belajar di U tapi fikiran dan tindakan tidak pada tahap berpendidikkan U.

  9. Mereka ini adalah golongan kurang ajar yg amat kerterlaluan sehingga telah berani menyentuh institusi Diraja. Itu menunjukkan perjuangan sebenar mereka.

    Di harap pihak berkuasa terus sahaja mengambil tindakan kepada mereka ini dan sumbat saja ke penjara sekurang2nya selama 20 tahun. Satu pengajaran yg baik bagi penderhaka2 semacam ini.

    Daulat Tuanku
    Daulat Tuanku
    Daulat Tuanku.

  10. UMANY kena diambil tindakan sebagai pengajaran kepada yg lain, jangan dilepaskan. Cina tak suka raja, di tanah besar China, raja dihapuskan

Comments are closed.