Calon Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bercakap kepada media selepas hadir ke sesi walkabout bersama pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah DUN Senallang N.65 di Kampung Balimbang, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan beliau memegang prinsip untuk mati dalam gelanggang daripada menyerahkan kuaa kerjaaan negeri begitu sahaja.

Katanya, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) diambil selepas terdapat ganggu gugat dalam pemerintahan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Saya hairan apabila rakan lama saya daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak), dendam kesumat dia saya tidak tahu mungkinlah kerana saya bangkit tentang 1MDB, bahawa saya sanggup mati oleh kerana Covid-19.

“Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19 tapi saya nyatakan nak serahkan kuasa kepada pihak yang bergantung dengan ‘cash is king’ oleh kerana puschasing power mereka untuk membeli ADUN-ADUN nak serah kuasa, baik saya mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan…biar rakyat tentukan,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu menjawab celahan soalan daripada Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang bingkas bertanya apakah Shafie kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi PRN Sabah sehingga mencatatkan peningkatan mendadak Covid-19 di negeri itu ketika ini.

Shafie juga menjejaskan, beliau tidak mahu tunduk kepada desakan beberapa pihak dan menggunakan prinsip ‘cash is king’ untuk mendapatkan kuasa.

Jelas Shafie, penularan wabak Covid-19 tidak akan berlaku di Sabah jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu.

“Kalau sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini, negeri Sabah merupakan negeri yang amat terkawal dan paling banyak zon hijau,” katanya.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 apabila memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (7).

Manakala Warisan Plus Sabah pula mendapat 32 kerusi.

Warisan memperoleh 27 kerusi, PKR (2), bebas (3) dan UPKO (1). – MalaysiaGazette

4 Komen

Comments are closed.