Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dijangka mewakili Amerika Syarikat dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijalankan secara maya pada minggu ini.

Selain itu, Presiden China, Xi Jinping juga merancang untuk menyertai sidang kemuncak berkenaan.

Penyertaan Trump dalam forum maya yang dianjurkan Malaysia pada Jumaat ini bakal menjadi acara pertamanya dalam APEC sejak 2017.

“Presiden Amerika Syarikat akan menyertai APEC,” kata seorang pegawai kanan AS yang tidak mahu dinamakan.

Berita tersebut hadir selepas pentadbiran Trump berdepan kritikan berikutan penyertaan dalam forum peringkat rendah, Sidang Kemuncak Asia Timur hujung minggu lalu.

Dalam acara sampingan sidang kemuncak tersebut, 15 negara telah memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang didokong China.

White House enggan memberi komen mengenai perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan, pelan semasa adalah penyertaan Trump dalam APEC.

Jinping yang menjadi salah seorang pemimpin dunia yang akan menyertai APEC juga dijangka menyampaikan ucapai di persidangan ketua eksekutif bermula Khamis ini.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast