Armand Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR – Perbuatan menyerang sesama sendiri menerusi media sosial dan di lapangan, satu perkara yang tidak baik bagi UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, selaku pemimpin muda, beliau mengingatkan pemimpin parti itu, musuh sebenar mereka ialah Pakatan Harapan (PH).

“Saya lihat kebelakangan ini, kita mula serang sesama kita di sosial media dan di lapangan. Bagi saya, ini satu perkara yang tidak baik buat parti UMNO jika berterusan berpanjangan.

“Selaku pemimpin muda dalam UMNO, saya mengambil pendekatan untuk mengingatkan antara satu lama lain, bahawa musuh utama dan nyata kita ialah DAP dan gabungan PH.

“Sudahkah kita lupa selama 22 bulan PH jadi kerajaan apa yang kita lalui? Bantuan rakyat dikurangkan, penjawat awam dikurangkan dan subsidi rakyat dikurangkan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Malah, tegas Ketua UMNO Bahagian Subang itu ada bantuan rakyat yang diperkenalkan zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Katanya, sudahkah pemimpin UMNO lupa gerakan PH di peringkat antarabangsa seperti ICERD, bantuan e-wallet RM30 dan sebagainya?

Namun, kata Armand, apa yang menyedihkan serangan dalaman UMNO semakin rancak tanpa disedari perbuatan itu hanya akan merugikan parti.

“Rakyat kini sedang menilai parti kita. Jika kita masih dengan budaya tidak sihat ini, saya risau Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti rakyat akan hukum UMNO sekali lagi.

“Allah berikan peluang kedua kepada kita agar perbaiki kelemahan parti, tetapi jika kita tidak bersyukur pada nikmat-Nya, tidak mustahil Allah akan tarik semula nikmat yang diberikan.

“Saya dengan rendah diri, mohon pada semua kepimpinan, ahli parti dan pendokong parti untuk hentikan serangan dalaman dan fokus pada musuh utama kita iaitu PH,” katanya. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Mmg pun. Menyampah rakyat dengan kelakuan pemimpin lama UMNO. Konon hebat. Diorg ingat rakyat hingin sgt diorg padahal rakyat xda pilihan dah nak pilih. Cuba ada blok ke 3 lepas ni iaitu semua parti dlm PN tanpa UMNO dan UMNO gerak sendiri. Try ler klu nak tgk..

  2. Saya sokong pendapat YB. Pemimpin umno baikndiperingkat atas dan bawah, jangan tunjuk kelakuan bongkak. Allah telah menguji sekali dan Allah akan menguji dekali lagi. Allahualam

  3. memang lah semuanya dikurangkan untok menyelamat harta negara. bukan macam puak kamu. memfaraed harta negara sama sendiri. tengok kabinet sampai 70 orang. nanti kalau menang lagi kabinet akan ditambah. rakyat kena bayar cukai gst. menteri makan mewah rakyat tunggu mati.

  4. Klu setakat annuar musa tu….tak payah nk melorat membodek…..sedar2 lah diri tu…UMNO pun tak rugi pun klu tak ada tokoh politik sebegitu dlm parti…

  5. ahli politik (YB) tanpa kira parti politik apa sama juga kerana tiap2 bulan dapat elaun dan tak perlu risau hilang kerja

  6. Kalau bajet 21 tidak diluluskan dan kerajaan PN tumbang rakyat dah sengsara tentu akan marah dan hukum parti mana yang buat angkara.
    Apa yang rakyat nampak sekarang ini MP bn cuba untuk mengagalkan bajet21 ini.
    Tunggu rakyat akan ajar bn untuk kali ke 2 dan pastikan bn tersungkur untuk selama-lamanya.
    Ramai wakil rakyat dan pemimpin umno sudah tidak boleh pakai kononnya cakna rakyat cari jalan berusaha untuk mengagalkan bajet yang sangat penting untuk rakyat bernafas ketika bencana covid ini.

  7. Rakyat nak tengok parti umno/bn bergerak sendiri tanpa PAS, PPBM sejauh mana bn dapat pergi bila tiba pru15.
    Tengok PRN Sabah bn hanya dapat 33% undi sahaja berbanding PN 55%.
    Apa yang kita lihat sekarang ini rata2 rakyat suka dengan kepimpinan TS Muhyiddin Yasin yang banyak membantu rakyat dalam kesusahan menghadapi bencana covid19 berbanding zaman kerajaan2 sebelumnya yang hanya mementing tembolok pemimpin2 parti sahaja.
    Ayuh kita tunggu Pru15…

  8. Jenis manusia yang tidak pernah sedar diri. Rasa partinya lebih hebat dari parti lain.
    Ada lah benar rakyat akan menghukum untuk kali kedua. Maka pupuslah Umno akan selamanya didunia.

    Fikirkan lah perjuangan bangsa dan negara atas dasar perpaduan sesama bangsa dan negara.

  9. Selepas ini terjadilah UMNO seperti Parti Golkar di indonesia. Pengundi muda sedikit² mula tidak menyukainya. Tinggal kenangan….

  10. P JAHANAM LA HANG….SEMBANG KARI,SAMA2 JILAT NGAN AM KER?HG P BERAMBUS DOK PPBM PAS TU SURUH LA ABAHLEMBU TU BUBAR PARLIMEN TENGOK RAKYAT NAK PILIH SIAPA,.HAKETUIHHHHHH…

Comments are closed.