KUALA LUMPUR – Ikhlas General Berhad memperkenalkan pelan takaful dalam talian iaitu IKHLAS Home Protect Takaful (IKHLAS Home Protect).

Ia adalah pelan perlindungan komprehensif dan ideal yang memberikan perlindungan lengkap untuk kediaman serta isi rumah daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan, dan limpahan tangki air.

Pelan ini juga memberi perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat banjir pada kediaman dan isi rumah peserta.

Pelan perlindungan ini turut menyediakan manfaat tambahan ke atas bangunan kediaman yang meliputi tunai pendahuluan, bantuan pembiayaan kediaman dan kerosakan kepada cermin kaca serta isi rumah yang merangkumi perlindungan harta di kawasan kediaman, kehilangan wang, kebakaran belukar dan lalang serta kerosakan harta benda akibat pokok tumbang atau ranting dan lain-lain.

Eddy Azli

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, sebelum ini IKHLAS Home Protect hanya dipromosikan melalui ejen takaful, kaunter cawangan Takaful IKHLAS serta saluran e-mel Salam IKHLAS.

Kini pelan perlindungan takaful rumah yang komprehensif ini boleh diakses dihujung jari bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya dengan selamat.

Menurut Eddy Azly, IKHLAS Home Protect juga dapat memberi pulangan lebihan (jika ada), sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap sijil.

Satu lagi keistimewaan IKHLAS Home Protect, peserta juga mendapat manfaat IKHLAS Wakaf & Endowmen (IWE).

Melalui IWE, Takaful IKHLAS akan memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. – MalaysiaGazette