Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak ahli-ahli Parlimen supaya menolak Belanjawan 2021 yang disifatkannya sebagai belanjawan yang hanya mementingkan kelangsungan politik pemerintah dan bukan rakyat.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, penolakan Belanjawan 2021 tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam termasuk petugas barisan hadapan.

Ia juga tidak akan menjejaskan bantuan kewangan kepada rakyat, katanya.

Sebaliknya, menurut Mahathir, penolakan Belanjawan 2021 membolehkan kerajaan yang baharu ditubuhkan untuk membentangkan belanjawan baharu atau meminda belanjawan yang telah dibentangkan pada 6 November lalu.

Ia boleh dilakukan dalam sidang Parlimen khas dan tidak akan mengambil masa yang lama, katanya.

“(Penolakan belanjawan) akan menjadi bukti bahawa kerajaan telah hilang keabsahan  kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus belanjawan.

“Apabila ini berlaku, jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah ia akan meletak jawatan.

“Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dalam kalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.

“Jika Yang di-Peûuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuhkan kerajaan yang baharu dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk pilihan raya umum ke-15 diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. This time around, Malaysians should be smart enough not to believe in this old man. Malaysia and Malaysians cannot move forward and become a great nation because of this man. All the blunders he has done in Forex trading (35 Billion) and other failed projects have caused this country billions of ringgit. Why is he still asking for the power to be given to him again for the 3rd time? If he is smart, he should be preparing to meet God on the other side of life (akhirat). We were fooled and cheated by this old man in 2018 and if we want to be cheated again for the 3rd time then I would call all of us people who failed to exercise their God-given intellect to think.

Comments are closed.