Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2021 sebenarnya sesuatu yang serius dan bukanlah ‘seronok-seronok’ seperti kata pembangkang.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sengaja membiarkan kerajaan ‘seronok’ dan meraikan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat sebenarnya tidak tepat.

Sebaliknya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, Belanjawan 2021 amat penting buat masa depan rakyat yang kini sedang berdepan dengan keadaan pandemik Covid-19.

“Ini bukan soal seronok-seronok. Masalahnya ini permainan politik pembangkang. Bagi kita ini (Belanjawan 2021) adalah satu perkara yang amat serius kerana itu Menteri Kewangan menjawab semua perkara yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan.

“Semalam, ada juga perkara baharu yang dibangkitkan dan Menteri Kewangan ambil tanggungjawab meminda beberapa perkara hasil daripada perbahasan yang dikemukakan dalam Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Khas Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson  menegaskan masih terlalu awal untuk kerajaan PN meraikan kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada peringkat dasar. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan terlalu gembira, kami beri laluan ’round’ pertama- Anwar

1 Komen

  1. agong lagi kan anwar boleh main. ini kan pula parlimen. cuba tanya anwar. jalan depan masih jauh lagi ke.

Comments are closed.