Ir.Izham Hashim

KUALA LUMPUR – Selangor menggunakan perkhidmatan syarikat dron ketiga terbesar dunia, Aerodyne bagi memantau pencemaran sumber air mentah secara efektif.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Izham Hashim berkata, kepakaran syarikat itu akan dimanfaatkan selama dua tahun oleh kerajaan negeri bagi meninjau lokasi yang tidak dapat diakses oleh penguat kuasa.

Beliau menjelaskan, penggunaan alat itu penting bagi mengesan dan menjangka sumber air berisiko tercemar, selain dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Syarikat ini bukan calang-calang, dron yang digunakan akan memantau lokasi dan boleh mengambil sampel pencemaran.

“Kita tidak beli peranti ini, tetapi hanya menggunakan perkhidmatan dari syarikat yang sudah dikenali,” kata beliau sebagaimana dilaporkan portal prokerajaan negeri, Selangorkini, hari ini.

Menurut Ir. Izham, kepakaran syarikat Aerodyne yang diusahakan anak tempatan itu turut digunakan Amerika Syarikat bagi memantau pelabuhan negara itu.

Katanya, kira-kira RM2 juta diperuntukan bagi menggunakan empat dron berteknologi tinggi dengan dua daripadanya ditempatkan di lembangan Sungai Langat sejak November lalu.

“Dua lagi ditempatkan di lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast