Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Khalid Abd. Samad mengakui tidak tahu ada perubahan keputusan berhubung arahan supaya kekal duduk selepas Menteri Kewangan selesai menggulung Belanjawan 2021 pada sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.

Katanya, beliau bersama 12 Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mohon undi belah bagi kerana berpegang kepada keputusan rasmi yang dibahas dan diputuskan bersama dalam mesyuarat Majlis Presiden sebelumnya.

“Bila ada sebahagian yang bangun dan sebahagian yang duduk, ia kelihatan seolah-olah ada perbezaan dan perbalahan antara pimpinan Amanah.

“Keadaan yang mengelirukan ini berlaku apabila keputusan berubah di saat akhir tanpa perbincangan dan penjelasan kepada semua Ahli Parlimen PH.

“Ini menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen Amanah terus berpegang kepada keputusan asal, yang dianggap keputusan rasmi memandangkan ianya telah dibahas dan diputuskan bersama dalam mesyuarat Majlis Presiden PH,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam, antara 12 Ahli Parlimen dari blok pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, bangun untuk memohon agar Belanjawan 2021 diundi secara belah bagi.

Bagaimanapun, kumpulan beliau mendapat malu dan kecaman hebat dari netizen kerana dilihat seperti tidak sepakat dengan rakan komponen PH, sehingga Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan sokongan untuk mendapat undi belah bagi tidak cukup syarat.

Dewan Rakyat memerlukan sokongan 15 Ahli Parlimen bagi membolehkan sesuatu Rang Undang-Undang diundi secara belah bagi.

Menurut Khalid, Amanah menyedari wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat umum dan juga ahlinya berhubung dengan apa yang telah berlaku itu.

Namun, kata beliau, sebahagian pimpinan, iaitu lima orang termasuk Presiden dan Timbalan Presiden berpegang kepada keputusan baharu kerana ingin menjamin keutuhan dan kesatuan PH.

“Pimpinan Nasional Amanah sentiasa menegaskan, keutuhan dan kesatuan PH adalah sesuatu yang amat penting untuk diusaha dan dipertahankan setiap pemimpin.

“Oleh itu, keputusan untuk menjamin keutuhan dan kesatuan ini dengan akur kepada keputusan Pengerusi PH pada hari tersebut adalah selari dengan kehendak parti.

“Pada masa sama, sebahagian pimpinan lain, iaitu enam Ahli Parlimen yang bangun meminta belah bahagi juga turut berusaha memenuhi kehendak parti Amanah dan keputusan Majlis Presiden PH,” katanya.

Sepertimana diketahui, kata beliau, pengundian ke atas belanjawan begitu ditunggu-tunggukan seluruh rakyat dan Amanah telah berjanji untuk melakukannya sehingga ke tahap belah bahagi.

“Oleh itu, tindakan sebahagian pimpinan ini turut dilihat betul juga dan selari dengan aspirasi pimpinan dan ahli Amanah.

“Hakikatnya semua pimpinan Amanah menolak belanjawan yang telah dibentangkan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan.

“Cuma bezanya, adalah sama ada melakukan belah bahagi atau tidak, dan perbezaan ini hanya timbul pada saat terakhir hasil cadangan Pengerusi PH,” katanya yang merumuskan tidak wujud perbezaan atau perpecahan di kalangan pimpinan Amanah. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. DOA mat sabu dMAKBULKAN….bila kami TINGGALKAN JEMAAH…KAMI SUDAH GILAAA…saya ulang saya ulang;;;nak duduk atau bangun jadi GILA utk buat keputusan ….bertambah P UNAH h arapan ++++

  2. sepatutnya keputusan mesyuarat mesti diikutkan. kecuali ada sop yang telah ditentukan boleh abai kepitusan itu. kecualilah pemimpin tiada intergriti saja pakat lain buat lain. dia tak layak memimpin. masa depan. orang lain tak boleh tapi dia boleh. pencin lah tuan. sebelum penyakit berjangkit dalam ph. nanti jadi pala hotak pulak

Comments are closed.